Impianwanita

Thursday, August 02, 2007

Lembaran baru

Dah lama ku tinggalkan ruang ini... Tak pasti kalau masih ada, tetapi aku gembira impianwanita masih wujud bagi saluranku menitip isi hati ini..

Telah banyak yang kulalui sepanjang 2006... susah payah senang gembira duka lara.. namakan semuanya ada.. Aku masih dengan keluargaku, suamiku dan anak-anakku.. Namun hatiku telah berkongsi kasih dengan orang ketiga yang telah mewarnai diriku..

Aku tidak meminta ini semua berlaku. Aku tidak mencari yang baru.. aku tidak menagih simpati namun segalanya datang tanpa diundang.. Aku tidak pasti salah siapa.. Tetapi hakikatnya tiada sesuatu berlaku tanpa punca.. Begitu juga perhubunganku dengan dia...

Kukenalinya sewaktu aku sering dalam kesunyian.. Senyumannya, suara, kata-katanya cukup menggoda.. Ya aku tergoda olehnya.. Memang aku tak menjangka... dia pernah digelar bapaku..lucu waktu itu.. tiada siapa yang menjangka hati ini akan terpaut padanya... Selama aku bersamanya, tugasku sebagai isteri, ibu dan anak tidak pernah ku lupakan atau kuabai...

Sebagai suami dia tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya. Dia juga seperti ku, ingin berkongsi kasih demi kebahagiaan.. dia ingin menjadikan aku ratu hidupnya, hampir-hampir ku capai impian itu... Namun ku pasrah sekiranya beginilah corak dan laluanku bersamanya...

Tuesday, May 16, 2006

Salam perkenalan

Selamt datang ke ruang bicara ku... Aku seorang wanita yang seperti insan biasa sering mengidamkan kebahagiaan... Walaupun kebahagian itu ku kecapi dengan penuh onak dan duri ... aku pasrah ... Berikut adalah cebisan hidupku...

Umurlu kini dalam lewat tiga puluhan... Punya keluarga yang amat menyayangiku... Tapi bagiku hati seorang wanita itu amat mulia.. Mereka sanggup berkongsi kasih kerana percaya kasih sayang itu pemberian yang maha esa... Bukan milik kita... Begitu juga aku... Dalam usiaku hampir ke empat dekad... hatiku terbahagi antara cinta dan kasih sayang keluarga dengan kasih dan sayang seorang insan yang telah ku kenali hampir dua dekad lalu... hingga kini masih kekal di hati ini...

Namanya S.. Ku sayanginya sebagaimana ku sayangi diri semua insan di sekelilingku... Padaku dialah syrgaku di mana tidak dapat kukecapi dengan sesiapa walaupun suami sendiri... Namun ku sedar yang haram itu sentiasa indah tetapi yang halal itu akan kekal indah hingga ke syurga...